BUKA JALAN FEST - BM

FESTIVAL BUKA JALAN SENI PERTUNJUKAN INTERNASIONAL 25 - 28 FEB 2011 KL

Festival Buka Jalan anjuran, dengan dokongan Balai Seni Lukis Negara serta rakan penganjur MapKL, akan berlangsung pada 25, 26, 27, 28 Februari 2011 ini.  Buka Jalan Festival merupakan festival seni pertunjukan (performance art, bukan performing art iaitu seni persembahan) yang menampilkan 16 orang seniman tempatan dan antarabangsa. Berbagai program menarik dirancang untuk festival ini:


..........
BUKA SENI PERTUNJUKAN


16 orang seniman pertunjukan dari dalam dan luar negara akan mempersembahkan seni pertunjukan masing-masing di dalam dan sekitar ruang Balai Seni Lukis Negara.

Tarikh: 26 (Sabtu) dan 27(Ahad)  Februari, 2011
Masa: 5-11 Malam
Tempat: Balai Seni Lukis Negara,
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.


Senarai seniman:

1.Aisyah Baharudin (Malaysia)
2.Avroco Nasir (Malaysia)
3.Akbar a.k.a. Bebe (Indonesia/Malaysia)
4.Cai Qing Sonnerberg (China)
5.Chi Too (Malaysia)
6.Eric Scott Nelson (USA)
7.Fared Ayam (Malaysia)
8.Jacklyn Soo (Singapore)
9.Jumaadi (Indonesia)
10.Padungsak Kochsomrong (Thailand)
11.Paisan Plienbangchang (Thailand)
12.Ray Lagenbach (USA)
13.Tan Zi Hao (Malaysia)
14.Varsha Nair (India)
15.Wong Eng Leong (Malaysia)
16.Zoncy Zon Sapal Phyu (Myanmar)


.......... 
BUKA PARTY @ MAP/Publika

-Acara seni pertunjukan oleh Jerk Kerouac, Chi Too dan David Lim. Buka Party membuka peluang untuk khalayak ikut terlibat membuat pertunjukan terbuka atau merespon situasi dan keadaan. Bukan parti politik, tetapi kenduri selamat datang untuk para seniman dari dalam dan luar negara. Juga untuk komuniti seniman saling berkenalan, bertukar-tukar pendapat dan bergembira bersama dalam semangat merayakan kesenian.

Tarikh: 25 Februari 2011
Masa: 8 - 11 malam.
Tempat: White Box, MAP @ Publika,
Level G2-01,
Block A5 Solaris Dutamas 1,
Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.


..........  
BUKA BENGKEL: Bengkel Seni Pertunjukan oleh seniman asal China, Cai Ging Sonnerberg

Bagi para mahasiswa seni, peminat dan pengamal kesenian pertunjukan, anda diundang untuk menyertai bengkel kendalian seniman Chai Ging Sonnerberg, seniman asal China. Penyertaan percuma, tempat terhad, pendaftaran hantar emel segera ke bukakolektif@gmail.com.

Tarikh: 26 Februari 2011
Masa: 11 - 12 tengahari.
Tempat: Balai Seni Lukis Negara
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.


Cai Qing pernah menetap dan bekerja sebagai seniman indipenden di Eropah dan kota New York sejak tahun 1989. Sekarang Qing menjawat kedudukan Profesor Madya di School of Art, Design and Media, NTU, Singapura. Pada tahun 2009 dia menerima markah A Class, mendapat anugerah mahasiswa terbaik PhD dari China Academy of Fine Arts, Hangzhou, China .

Sebagai seniman kontemporer, dia menggunakan seni pertunjukan, video dan visual untuk mengungkapkan perasaan dan menjelaskan gagasannya. Konsep seni dalam kebanyakan karyanya ialah "Pemantau dan dipantau". Dia meminati orang-orang yang datang dari berbagai latar belakang pada berbagai masyarakat. Dia juga menikmati pergaulannya dengan berbagai macam manusia dan selalu mendapat inspirasi dari mereka. Chai Qing terus produktif dan kreatif dalam berkesenian, beliau juga mengkuratorkan beberapa acara kesenian yang penting. Pada tahun 1998, dia menjadi kurator bersama untuk pameran seni kontemporari China yang pertama di ruang swasta iaitu pameran "Trace of Existence", yang mana dia turut mempamerkan karya seni tampak persembahan berjudul "cultivating". Pada tahun 2008, dia menjadi kurator pertunjukan berjudul “Construction before Destruction”, acara seni tampak persembahan yang terakhir sebelum desa seni Sifo, di China mengalami proses pemodenan





.......... 
BUKA PRESENTASI 01: Festival Seni Pertunjukan : Sidang Meja Bulat


Moderator oleh Ray Lagenbach (MFA, PhD)

Seniman antarabangsa dan ilmuwan seni pertunjukan Ray Lagenbach akan menjadi moderator dalam sesi perbincangan antara dirinya dengan para seniman berkenaan dengan pengalaman, refleksi festival-festival seni pertunjukan di seluruh dunia, yang pernah disertai mereka. Dipersilakan hadir khalayak yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berhubung gerakan, bentuk-bentuk dan keadaan festival seni pertunjukan yang dianjurkan di seluruh dunia. Forum ini turut mengundang kritikan, pandangan atau ulasan berhubung festival Buka Jalan juga.

Tarikh: 27 Februari 2011
Masa: 1 - 2.30 petang
Tempat:Balai Seni Lukis Negara
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.


Ray Langenbach berasal dari Boston, Amerika Syarikat, kini menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. "Teori performs" oleh Lagenbach memfokuskan pada fenomena dan propaganda. Hasil-hasil karya video, instalasi dan pertunjukannya telah dipersembahkan di Singapore Film Festival, Philippines Film Festival, Film Festival of the South, Norway; Cultural Center of the Philippines, the Singapore Art Museum, the National Art Gallery of Malaysia, Whitney Museum of Art (New York), Museum of Neon Art (Los Angeles), LACE (Los Angeles Contemporary Exhibitions), Nevada Museum of Art (Reno), National Centre for the Arts (Mumbai), Artspace (Sydney), 3rd Werkleitz Biennial-Germany, Asia Pacific Triennale, Gwangju Biennale.

Langenbach seorang kurator dan menulis teori budaya. Dia telah menerbitkan tulisannya di Art Asia Pacific, Artlink, Asian Art News, Afterimage. Dia berkhidmat sebagai Singapore Editorial Consultant for World Art. Sekarang beliau mengajar di Faculty of Creative Industries, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia dan Research Fellow di Finnish Academy of Fine Arts, Helsinki


BUKA PRESENTASI 02 : Presentasi karya-karya Varsha Nair

Seniman seni visual berasal dari India, dan kini menetap di Thailand ini akan menyampaikan presentasi karya-karya seni pertunjukannya.

Tarikh: 27 Februari 2011
Masa: 11 pagi - 12 tengahari
Tempat:Balai Seni Lukis Negara
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.



Varsha Nair menetap di Bangkok, Thailand. Pameran-pameran terpilihnya termasuklah Still Moving Image, Devi Art Foundation, New Delhi, 2008; A Proper Place, Ryllega Gallery, Hanoi, 2007; Art as Environment: Cultural Actions on Tropic of Cancer 2007, Taiwan; Exquisite Crisis & Encounters, NYU, New York, 2007; Subjected Culture-Interruptions and resistances on femaleness, bertempat Argentina 2007-2008; Sub-Contingent: The Indian Subcontinent in Contemporary Art, Fondazion Sandretto Re Rebaudengo, Turin, Italy, 2006; In-between places, meeting point, Si-am Art Space, Bangkok, 2005; Video as Urban Condition, Austrian Culture Forum, London, UK, 2004, With(in), Art In General, New York, 2002; Home/Dom, Collegium Artisticum, Sarajevo, Bosnia Herzegovina, 2002; Free Parking, Art Center, Chulalongkorn University, Bangkok, 2002. Beliau mempamerkan On the Move, Hong Kong, 2008; Khoj Live Performance Festival, Delhi, 2008; Saturday Live, Tate Modern London, 2006; National Review of Live Art, 2006 and 2004; National Review of Live Art Midland, Perth, Australia, 2005.

Sejak tahun 1997, Nair turut menjadi kurator dan menganjurkan Womanifesto (www.womanifesto.com   )serta acara-acara seni budaya lainnya. Beliau selalu diundang untuk bercakap dalam berbagai simposium seni antarabangsa. Beliau merupakan kurator di Bangkok untuk pameran 600 Images/60 artists/6 curators/6 cities: Bangkok/Berlin/London/Los Angeles/Manila/Saigon, sebuah pameran yang dianjurkan serentak di 6 buah kota di dunia pada tahun 2005. Beliau juga sering menyumbang tulisan untuk majalah seni Art Asia Pacific. Lahir di Kampala, Uganda, Nair mendapat ijazah BFA dari Faculty of Fine Arts, Maharaja Sayaji Rao University, Baroda, India.

sila rujuk www.varshashavar.com


BUKA PRESENTASI 03 : Festival Asiatopia oleh Padungsak Kochsomrong

Ia menyorot Festival Asiatopia di Thailand, yang telah berjaya dianjurkan buat kali yang ke 12 pada tahun lalu. The Asiatopia International Performance Art Festival merupakan antara festival seni pertunjukan yang terpenting di rantau Asia.

Tarikh: 27 Februari 2011
Masa: 2 - 3 Petang

Tempat: Balai Seni Lukis Negara
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.


Padungsak Kochsomrong lahir di Bangkok pada tahun 1964. Dia menerima ijazah BFA in Painting dari Faculty of Fine Art, Chiang Mai University. Pada tahun1991 dia mendapat Ijazah Sarjana Masters degree dalam bidang Pendidikan Seni di Faculty of Education, Chulalongkorn University di Bangkok pada tahun 1999. Selaku Pengarah Studio Xang, Chiang Mai, Ahli Lembaga Pengarah MAP Foundation, dia menggalakan inisiatif yang menggabungkan seni, pendidikan dan kegiatan masyarakat.

Padungsak, seorang seniman seni pertunjukan dan Ketua Jabatan Lukisan, Fakulti Seni Halus di Chiang Mai University. Dia merupakan salah seorang penganjur dan kerap menyertai festival seni tampak persembahan, The Asiatopia International Performance Art Festival.



..........  
BUKA FORUM : Post Mortem Festival 

Moderator :  Sharon Chin


Tarikh: 28 Februari 2011
Masa: 7.30 - 9.30  malam
Tempat: Balai Seni Lukis Negara
2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Sharon Chin lahir pada tahun 1980,di Kuala Lumpur, tempat tinggalnya kini. Sharon mendapat pendidikan seni halus, pengkhususan bidang arca dari Victoria College of Art, Melbourne, Australia. Dia bekerja dengan teks dan arca, terutamanya dalam seni pemasangan di ruang khusus. Karya-karyanya melihat bagaimana kita merundingkan geografi, sejarah, hubungan manusia dan bahasa dalam imaginasi masa kini. Gerakan terbarunya terjun ke dunia seni video dan seni tampak persembahan meneroka kebarangkalian seni sebagai strategi komunikasi. Dia mempamerkan karya-karyanya di dalam dan luar negara. Dia ikut terlibat dengan Incheon Women's Art Biennale 2009, juga program residensi seni di Sapporo, Jepun, anjuran Japan Foundation JENESYS. Menambah amalan keseniannya, dia sering menulis berkenaan hal seni. Sharon sama-sama menubuhkan dan menjadi editor pengurusan ARTERI (www.arterimalaysia.com ), sebuah laman web yang didedikasikan untuk seni budaya di Malaysia dan Asia Tenggara.